Harta Karun Sultan Melaka bernilai 20 billion ada di Pulau Nangkasekarang ini dan cara mencarinya. Siapa cepat dia dapat!!

loading...
SERBA SEDIKIT PASAL PULAU NANGKA

1. Ni cuma maklumat campuran pasal Pulau Nangka yang kami dapat melalui hasil tawasul sejak dua bulan lepas hingga pada 18 Dis 2016. 

2. Keseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion

3. Harta-harta terdiri daripada jongkoh emas, perak dan batu permata.

4. Mula disimpan sejak dari zaman Sultan Alauddin Riayat Syah

5. Proses menyimpan berakhir sekitar 1409. 

7. Ruang simpanan bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan bukaan yang dibuat oleh doa para Wali Allah pada zaman dahulu.

8. Sebab-sebab simpanan, berlaku selepas mendapat ilham atau firasat mengenai kejatuhan Melaka.

9. Tidak ada makan atau kubur di pulau tersebut, makam yang ada adalah palsu, diwujudkan sebagai alasan geng pencari harta karun boleh mencerobohi pulau tersebut atas alasan menziarahi makam/kubur.

10.Perbuatan mengorek, letupan atau menebuk lubang dikhuatiri akan menyebabkan rekahan dalam lubang bawah tanah terbuka sehingga menyebabkan harta ditenggelami oleh air laut, ini disebabkan gua tersebut bukanlah gua semula jadi sebaliknya merupakan ruang bawah tanah buatan. Jadi keadaan di tempat itu sangat "fragile", dan mudah pecah sehingga mampu jatuh ke laut (gua terletak di bawah paras air surut)

11.Usaha menggorek secara moden pasti akan menemui kegagalan disebabkan harta tersebut dilindungi dengan doa orang alim zaman dahulu.  

12.Setakat sehingga ke hari ini, bermula dari 80an, sudah 50 kumpulan mengusahakan harta di Pulau Nangka tetapi gagal.
13.Mereka yang berminat dengan harta tersebut haruslah memiliki syarat minima iaitu faham Tauhid seperti Sifat 20.

14.Perlu ke Mekah untuk mendirikan solat hajat di dalam Hijr Ismail.

15.Kemudian, mendirikan solat di ruang tertentu, bawah batu terapung, Masjid Al Aqsa. Tidak diberitahu pula solat apa atau ruang yang mana pasal kami tidak pernah sampai ke masjid tersebut. Katanya, hanya pewaris yang benar sahaja akan  tahu.

16.Syaratnya terlalu mudah, tak payah sembelih kambing, simbah darah haiwan dan sebagainya/perbuatan syirik.

17.Tidak pernah ada bangunan purba yang didirikan di Pulau Nangka kecuali sebuah rumah lama daripada kayu sebagai  tempat rehat.



Harta Karun Pulau Nangka Melaka Bernilai Jutaan Ringgit

Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.[01/05/2014]

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.


“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan

Loading...

0 Response to "Harta Karun Sultan Melaka bernilai 20 billion ada di Pulau Nangkasekarang ini dan cara mencarinya. Siapa cepat dia dapat!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close