Patutlah berperangai mulia, rupanya Sultan Kelantan keturunan ke 35 Nabi Muhammad SAW


Patutlah perangai mulia, rupanya Sultan Kelantan keturunan ke 35 Nabi Muhammad SAW




YDP Agong yang baru ditabalkan iaitu Sultan Muhammad V adalah keturunan 35 keluarga Nabi Muhammad SAW. Demikian menurut satu kajian yang dibuat oleh seorang ahli akademik dari Brunei pada Oktober 2003.

Kajian bergambar itu dipaparkan dalam penerbitan Jamrahtul Publication.



Turut tersenarai dalam senarai ahlul bait itu termasuklah Sultan Brunei, Raja Jordan, Raja Perlis, Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan beberapa lagi orang kenamaan di Malaysia.

Kajian ini belum dibuktikan kesahihannya namun ianya cukup untuk membuka mata umat Islam bahawa institusi beraja Melayu yang ada di Malaysia mempunyai susur galur keturunan yang mulia.

Dipercayai Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid Al Alawiyah (bertemu hingga Saidina Hussein, cucu Rasullullah SAW), telah sampai ke Kelantan pada 1349 Masihi bersama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Sheikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misinya, Saiyid Hussein sempat mengahwini tiga puteri Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama Jiddah atau dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Di sinilah bermula segalanya pada zaman dahulu. Anak Saiyid Hussein Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Ibrahim adalah anak kepada Puteri Linang Cahaya (Cik Siti Wan Kembang).

Salah seorang anak Saiyid Hussein ini dihantar ke Brunei untuk berdakwah dan akhirnya diangkat menjadi Sultan di Brunei dengan nama gelaran Sultan Berkat.

Begitulah indahnya bumi bertuah Malaysia dan Nusantara ini. Allah SWT muliakan keturunan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi khalifah di bumi ini. Bersyukurlah kita sebagai orang Melayu dan orang Islam.

Kita menikmati hidup aman dan damai di negara ini kerana semuanya adalah dari Allah SWT. Ada asbabnya mengapa Malaysia ini sentiasa aman dan makmur dan berada dalam keadaan stabil. Semuanya untuk menjaga agama Allah SWT.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

21 comments

Nabi Muhammad saw tidak ada keturunan. Kalau dari Saidina Ali ra baru betul sebab keturunan mengikut lelaki bukan perempuan. Allah menjaga Nabi Muhammad sebagai penutup segala Nabi. Itu sebab baginda tiada anak lelaki. Jadi fakta ini perlu penyemakan lebih teliti. Namun yang sahnya kita semua keturunan Nabi Adam as.

Mcm mn dgn hadis baginda yg mngatakan almahdi ITU adalah Dr keturunan Ku...sila hujah dgn ilmu bkn pendapat sdiri semata..nabi adalah penutup rasul dn nabi tapi ahlil bait itu tetap berterusan shingga akhir zaman. Wallahuaalam.

Nabi saw berkata aku tinggalkan kamu 2 perkara al quran sunah dan ahlul baitku.ikut lah kamu..ahlul bait adalah keturunan nabi merka lah yg membawa pusaka nabi iaitu ugama islam yang sebenar..selagi ahlul baik nabi masih berada di dunia ini kiamat tak akan berlaku.keturunan nabi berlegar di seluruh dunia

Nabi saw berkata aku tinggalkan kamu 2 perkara al quran sunah dan ahlul baitku.ikut lah kamu..ahlul bait adalah keturunan nabi merka lah yg membawa pusaka nabi iaitu ugama islam yang sebenar..selagi ahlul baik nabi masih berada di dunia ini kiamat tak akan berlaku.keturunan nabi berlegar di seluruh dunia

perkara mcm ni rujuk lah ulama' & pakar, jgn sesuka hati buat kenyataan sendiri yg memesongkan.....klu tak tau xpayah komen, waAllahua'lam

Moga Allah selamatkan bumi Msia dan seluruh umat Muhammad.

Kaji sunan Ampel wali songo keturunan dari fatimah az. Samada benar atau tidak.

Kaji sunan Ampel wali songo keturunan dari fatimah az. Samada benar atau tidak.

Jgn buat andaian sendiri tuan..kelak mkn diri, tuan..ckplh mggunakn ilmu, bkn dgn nafsu..

Jgn buat andaian sendiri tuan..kelak mkn diri, tuan..ckplh mggunakn ilmu, bkn dgn nafsu..

Apa pun anak nabi yg perempuan atau lelaki adalah Dari nabi.. Jika awak Ada anak perempuan takan anak dia bukan cucu atau keturunan awak.. Sebab tu dipangil cucu.. Keturunan darah Dari wanita keturunan benih Dari lelaki.. Fikir2 kan.. Jgn kita bertelagah.. Yg penting kembali kepada allah..

sejak bila Rasulullah S.A.W tidak ada anak lelaki? ke saya tersilap tafsir komen tuan ya? Kasim, Abdullah dan Ibrahim itu bukankah anak kepada Rasulullah dan Siti Khadijah?

Pakcik botak...sila teliti dulu sebelum keluar kenyataan...menampakkan kejahilan luar biasa....wkakakkaka

BarakAllah, muluthati yang baik Dari Allah. Yang sebalionya Dari syaitan

Rasulullah SAW mempunyai anak lelaki dari khadijah yaitu Qasim dan Abdullah. Sedangkan anak lelaki dari Budak hadiah Raja Muqauqis Mesir yaitu Mariah Al Qibtiyah bernama Ibrahim. Tetapi semuanya meninggal sewaktu masih baby.

Salam ceria semua teman & rakan fb ku...
Kita kena ingat ya nabi kita TIADA keterunan..kita org Islam jadi keturunan dikira dr Lelaki jadi nabi kita SAW tiada anak lelaki (bukan tiada langsung ya tp dh kembali semasa kecik lg) maka dgn itu nabi SAW tidak punya keturunan...
Ini sekadar kongsi kebenaranya..

*Haiii... Anak Nabi ada Tujuh Orang 3 laki2 dan 4 Perempuan. Aura selalu ingat lagu ini sbb ada 4 laki2 dan 3 Perempuan dlm Adeq beradeq. 😊

*Haiii... Anak Nabi ada Tujuh Orang 3 laki2 dan 4 Perempuan. Aura selalu ingat lagu ini sbb ada 4 laki2 dan 3 Perempuan dlm Adeq beradeq. 😊

Itulah tak tahu Sirah Rasulullah S.A.W...akhir zaman


WIIIIII

iklan bawah