Menjelang Kiamat, Al Quran akan diangkat !! Naskhah Al Quran di Perak ini sudah KOSONG tanpa Surah !!

loading...




Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.



PARIT BUNTAR - Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.

“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.

“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.

"Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

--------------------









اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب




Perasankah kita bila nanti terdengar bunyi lebah..mencarikah kita di mana bunyi itu..memandangkah kita ke langit melihat bunyi itu di mana..hairankah kita waktu itu kenapa banyak bunyi lebah..lalu timbulkah rasa penyesalan..






حدثنا ‏ ‏علي بن محمد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏أبي مالك الأشجعي ‏ ‏عن ‏ ‏ربعي بن حراش ‏ ‏عن ‏ ‏حذيفة بن اليمان ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ يدرس ‏ ‏ الإسلام كما ‏ ‏ يدرس ‏ ‏وشي الثوب حتى لا يدرى ما صيام ولا صلاة ولا ‏ ‏نسك ‏ ‏ولا صدقة وليسرى على كتاب الله عز وجل في ليلة فلا يبقى في الأرض منه آية وتبقى طوائف من الناس الشيخ الكبير والعجوز يقولون أدركنا آباءنا على هذه الكلمة لا إله إلا الله فنحن نقولها ‏
فقال ‏ ‏له ‏ ‏صلة ‏ ‏ما تغني عنهم لا إله إلا الله وهم لا يدرون ما صلاة ولا صيام ولا ‏ ‏نسك ‏ ‏ولا صدقة فأعرض عنه ‏ ‏حذيفة ‏ ‏ثم ردها عليه ثلاثا كل ذلك يعرض عنه ‏ ‏حذيفة ‏ ‏ثم أقبل عليه في الثالثة فقال يا ‏ ‏صلة ‏ ‏تنجيهم من النار ثلاثا ‏
(HR Ibn Majah:4039; )


Hudzaifah bin Al-Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Islam akan luntur sebagaimana lunturnya corak pada pakaian sehingga tidak dikenali lagi apa itu puasa. apa itu solat, apa itu haji, apa itu sedekah (zakat). Dan (pada ketika itulah) diangkat Kitabullah (Al-Qur'an) pada satu malam sehingga tidak tinggal di bumi ini walau satu ayat pun. Yang tinggal hanyalah segolongan manusia yang tua bangka, mereka berkata: Kami dapati daripada nenek moyang kami kalimah "Laailaahaillallah" maka kami pun menyebutkannya.

Bermaksud:

Manusia sudah tidak lagi mengenal ﺍﷲ . Manusia tidak lagi tahu untuk menyebut dan memahami erti kalimah tauhid . Keimanan telah luput dari hati mereka.

Kemudian berkata Shilah kepada Hudzaifah: Adakah cukup bagi mereka kalimah "Laailaahaillallah" sedangakan mereka tidak menegtahui apa itu solat, puasa, haji dan sedekah (zakat)?. Hudzaifah berpaling. Kemudian diulang soalan itu sebanyak tiga kali. Akhirnya barulah Hudzaifah menjawab: Wahai Shilah (Kalimah itu) akan menyelamatkan mereka daripada api neraka (jawapan ini diulang sebanyak tiga kali).




الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 87
خلاصة الدرجة: صحيح على شرط مسلم

Shaikh al-Albani menyatakan hadith ini sahih di atas syarat Muslim di dalam Silsilah Ahadith as-Sahihah no:87

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat."

Diangkat Huruf al-Quran :

Erti huruf al-Quran diangkat ialah huruf-huruf di dalam kitab suci al-Quran akan hilang. Terdapat 2 pendapat mengenai hilangnya huruf al-Quran ini.

-Huruf-huruf al-Quran memang benar-benar hilang dari mushafnya. Al-Quran

akan menjadi kosong dari segala huruf.

-Al-Quran itu hilang dari amalan manusia. Sebelum hilangnya al-Quran dari hidup manusia, akan ada tanda-tandanya terlebih dahulu.
* ramai penghafal al-Quran akan meninggal dunia tanpa ada penggantinya. *Manusia akan jauh dari al-Quran kerana tidak lagi fasih membacanya dan tiada yang boleh mengajarnya.
*Tiada seorang manusia pun yang boleh membaca al-Quran.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.


Bagi athar yg diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani daripada Abdullah bin Mas'ud:


عَنْ شَدَّادِ بْنِ مَعْقِلٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ ابْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : " إِنَّ أَوَّلَ مَا تَفْقِدُونَ مِنْ دِينِكُمُ الأَمَانَةَ ، وَإِنَّ آخِرَ مَا يَبْقَى مِنْ دِينِكُمُ الصَّلاةُ ، وَلَيُصَلِّيَنَّ الْقَوْمُ الَّذِينَ لا دِينَ لَهُمْ ، وَلَيُنْتَزَعَنَّ الْقُرْآنُ مِنْ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ " ، قَالُوا : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَلَسْنَا نَقْرَأُ الْقُرْآنَ ، وَقَدْ أَثْبَتْنَاهُ فِي مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : " يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلا ، فَيُذْهَبُ بِهِ مِنْ أَجْوَافِ الرِّجَالِ ، فَلا يَبْقَى مِنْهُ شَيءٌ

Daripada Syaddad bin Ma'qil: Aku telah mendengar Ibn Mas'ud berkata:

"Sesungguhnya awal-awal yang akan lenyap daripada agama kalian ialah amanah dan sesungguhnya perkara terakhir yang tinggal daripada agama kalian ialah solat. Dan (kelak) pastilah akan bersolat suatu kaum yang tiada agama lagi bagi mereka. Dan (kelak) pastilah dicabut al-Qur'an di sisi kalian." Mereka berkata: "Wahai Abu Abd al-Rahman! Bukankah kami membaca al-Qur'an dan kami telah menetapkannya (menuliskannya) dalam mashaf-mashaf

kami?" Beliau berkata:"Dibawa pergi atasnya (al-Qur'an) pada satu malam, lalu dihilangkan dengannya daripada dada-dada orang. Maka tidak tertinggal (al-Qur'an) itu walau sedikitpun!"

[ Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (5981) dan melaluinya al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir(8700) ]

Telah berkata Dr. Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil dalam kitabnya Asyrath al-Saa'ah (m/s: 135): "Riwayat al-Thabrani, perawinya perawi sahih melainkan Syaddad bin Ma'qal, dan dia thiqah." [Majma' al-Zawaaid(329-330/7)] dan telah berkata Ibn Hajar: "Sanadnya sahih akan tetapi mauquf." [Fath al-Bari (16/13)].

Syaddad bin Ma'qil ini saya lihat tiada yang menilainya thiqah melainkan Ibn Hibban. Imam Abu Hatim (Jarh wa al-Ta'dil) dan Imam al-Bukhari (Tarikh al-Kabir) ada menyebut tentangnya dalam kitab masing-masing tetapi mereka tidak men'jarh'nya ataupun men'ta'dil'kannya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadith yang sama juga melalui Syaddad ini dalam kitabnya yang lain iaitu Khalq Afaal al-Ibaad yang kelak nanti saya akan menyebutkannya, Insya' Allah...

Abdullah bin Mas'ud menyebutkan athar ini dalam mentafsirkan ayat 86 daripada Surah al-Israa':


وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلً
"Dan jika kami kehendaki pastilah kami akan hilangkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kemudian tidak kamu dapati bagi kamu dengannya atas kami penolong."

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Khalq Af'aal al-'Ibaad (381) Abdullah bin Mas'ud telah berkata::



إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ الَّذِي بَيْنَ ظَهْرَيْكُمْ يُوشِكُ أَنْ يُنْزَعَ مِنْكُمْ " ، قُلْتُ : يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ كَيْفَ يُنْزَعُ مِنَّا وَقَدْ أَثْبَتَهُ اللَّهُ فِي قُلُوبِنَا ، وَأَثْبَتْنَاهُ فِي مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : " يَسْرِي فِي لَيْلَةٍ ، فَيَنْتَزِعُ مَا فِي الْقُلُوبِ ، وَيَذْهَبُ بِمَا فِي الْمَصَاحِفِ " ثُمَّ تَلا : وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ سورة الإسراء آية 86"

"Sesungguhnya al-Qur'an ini yang berada di sisi kalian kelak akan dicabut daripada kalian." Aku (Syaddad) berkata: Wahai Abdullah bin Mas'ud,



bagaimana akan tercabut daripda kami sedangkan ALLAH telah menetapkannya dalam hati-hati kami dan kami telah menetapkannya dalam mashaf-mashaf kami." Beliau berkata: "(Al-Qur'an) akan dibawa pergi dalam satu malam. maka pasti akan dicabut apa-apa (ayat al-Qur'an yang ada) dalam hati dan dihilangkan apa-apa yang ada dari mashaf." Kemudian beliau membaca [Ayat 86 Surah Israa'].

Imam Abu Ja'far al-Thabari juga meriwayatkan athar yang sama dalam Kitab Jami' al-Bayan ketika mentafsirkan ayat tersebut.



Athar ini diriwayatkan melalui beberapa jalan yang bertemu dengan Syaddad bin ma'qil daripada Abdullah bin Mas'ud.
Namun begitu athar ini juga diriwayatkan melalui jalan yang lain kepada Abdullah, hanyasanya saya tidak menyebutkannya sahaja kerana terlalu panjang.

Dalam riwayat yang dilaporkan oleh Imam Abu Muhammad (Imam al-Darimi) terdapat sebahagian lafaz seperti dalam petikan yang ditanya:

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.




عَنْ نَاجِيَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَكْثِرُوا تِلَاوَةَ الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ يُرْفَعَ قَالُوا هَذِهِ الْمَصَاحِفُ تُرْفَعُ فَكَيْفَ بِمَا فِي صُدُورِ الرِّجَالِ قَالَ يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلًا فَيُصْبِحُونَ مِنْهُ فُقَرَاءَ وَيَنْسَوْنَ قَوْلَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيَقَعُونَ فِي قَوْلِ الْجَاهِلِيَّةِ وَأَشْعَارِهِمْ وَذَلِكَ حِينَ يَقَعُ عَلَيْهِمْ الْقَوْلُ

Daripada Nahiyah bin Abdullah bin 'Utbah daripada bapanya daripada Abdullah (bin Mas'ud). Beliau telah berkata:

"Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an sebelum ia di angkat." Mereka berkata: "Mashaf-mashaf ini akan diangkat, (tetapi) bagaimana pula dengan yang ada di dalam dada-dada orang." Beliau berkata: "Dibawa pergi atasnya (dalam) satu malam lalu pada paginya mereka telah menjadi faqir (yaitu berasa kekurangan). Dan mereka lupa akan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu mereka terkesan (terpangaruh) dengan kata-kata Jahiliyyah dan sya'ir-sya'ir mereka. Dan ketika yang itulah terjadi atas mereka al-Qaul*."

[Al-Darimi dalam Musnad (3384). Berkata pentahqiq, Syaikh Hussain Salim Asad: "Isnadnya dha'if lantaran kedha'ifan Musa bin 'Ubaidah"]

*Al-Qaul ialah ayat-ayat yang sering disebut dalan al-Qur'an iaitu Hari Kiamat atau bala bencana pembalasan daripada الله

Telah menceritakan kepada kami Amr bin 'Ashim telah menceritakan kepada

kami Hammad bin Salamah dari 'Ashim dari Zirr dari Ibnu Mas'ud ia berkata; Sungguh akan berlalu suatu malam atas Al Qur'an, sehingga tidak ada satu ayat pun dalam lembaran serta dalam hati (hafalan) seseorang, kecuali telah diangkat.

Sebenarnya hadith atau lebih tepat lagi athar mengenai "bunyi lebah" itu telah saya ketahui pada hari pertama soalan ditanyakan. Cuma saya perlu masa utk mengkaji dan bertanya. Saya agak teragak-agak utk menyampaikannya di sini kerana setakat ini saya hanya menemukan athar ini dalam satu sumber sahaja. Yang dimaksudkan "satu sumber" ialah sumber secara bersanad:



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : " لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَرْجِعَ الْقُرْآنُ مِنْ حَيْثُ نَزَلَ ، لَهُ دَوِيُّ كَدَوِيِّ النَّحْلِ ، يَقُولُ : يَا رَبِّ , مِنْكَ خَرَجْتُ وَإِلَيْكَ أَعُودُ ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'Aas, beliau berkata:

"Tidak akan berlaku Kiamat sehingga kembali al-Qur'an daripada tempat ia diturunkan (yaitu daripada al-'Arsy : Arash ikut lidah Melayu). baginya dengungan seperti dengungan lebah. Katanya (Al-Qur'an berkata-kata): Wahai Tuhan! Daripada-Mu aku keluar dan kepada-Mu aku kembali. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan."

[Uthman bin Sa'id al-Darimi dalam Radd 'Alaa al-Jahmiyyah (343) dengan sanad:



حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلالٍ ، عَنْ ثَابِتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Kata pentahqiq Syaikh Badr al-Badr: Isnadnya dha'if lantaran dha'ifnya Ibn Lahi'ah manakala Thabit bin Abdullah seperti kata-kata Ibn Hajar dalam al-Lisan (2:77): "Aku tidak tahu siapakah dia ini!"
Loading...

0 Response to "Menjelang Kiamat, Al Quran akan diangkat !! Naskhah Al Quran di Perak ini sudah KOSONG tanpa Surah !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close