‘RUSSIA BAKAL JADI NEGARA ISLAM DALAM MASA TERDEKAT’.. Khutbah Paderi Kristian Katholik Ini Mengejutkan Dunia!

loading...




Ini adalah satu berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia. Apakah Rusia bakal menjadi sebuah negara Islam dalam 10 atau 20 tahun akan datang? Kini populasi Islam di Rusia adalah 15% daripada penduduknya.

2 tahun lepas satu kajian telah menyatakan bahawa sudah lebih 31 peratus majoriti etnik Rusia adalah umat Islam :

“Russia’s increasingly confident Muslims, who constitute a majority of 57 out of the country’s 182 ethnic groups, have started to use the term Muslim Russia to signal their ambitions”

Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov (gambar di bawah), menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya di gereja.


Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.




Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya).

Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moscow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.

Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.

Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini?

Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.

Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu.

Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

Walau mereka difitnah sebagai pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah komunis.

Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Soviet Union majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga mengagungkan orang Muslim.

Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut “pengganas”.

Dalam surah Ali Imran ayat 26, Rasullullah SAW pernah berdoa kepada Allah SWT agar Raja Rom dan Persia menjadi umatnya. Kemudian diturunkan ayat 26 dari Surah Ali Imran.

Dalam surah Ali Imran ayat 28, Allah SWT berfirman tentang hubungan antara orang beriman dan orang kafir. Kisah ayat ini diturunkan untuk mengingatkan orang Islam dan juga orang kaum Nasara Najhan yang tidak mempercayai kerasulan Nabi SAW kerana mengganggap Nabi Isa Iebih mulia. Kejadian itu berlaku selepas umat Islam memenangi peperangan Badar.



Menurut Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi “. (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari Tsauban RA, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)



Bukan sahaja di Russia, di Eropah dan Amerika Syarikat, Islam juga menjadi agama yang pesat berkembang. Di Perancis misalnya, jumlah umat Islam dijangka akan bertambah sehingga 50 juta orang.

Apakah Rusia bakal menjadi pencetus kebangkitan Islam pada akhir zaman ini? Jika Nabi SAW pernah berdoa agar Rom dan Persia menjadi umatnya maka tidak salah rasanya umat Islam hari ini berdoa agar Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat sendiri menjadi tempat kebangkitan umat Islam akhir zaman ini. Wallahualam, moga Allah SWT permudahkan segalanya.

Di akhir zaman ini, pelbagai cabaran dan dugaan datang terhadap umat Nabi Muhammad SAW. Ada provokasi dan cabaran yang cukup kuat. Jika tidak ditanggani dengan hikmah dan bijaksana maka ianya bakal menghancurkan umat Islam secara keseluruhannya. Perangkap yang dibuat amat halus.

Umat Islam di Malaysia perlu mengambil pengajaran dan pedoman kisah kisah yang sudah berlaku sebelum ini. Banyak kisah sudah diceritakan dalam Hadis dan Al Quran. Bersamalah kita mengambil pengajaran. via – tv14
Loading...

0 Response to "‘RUSSIA BAKAL JADI NEGARA ISLAM DALAM MASA TERDEKAT’.. Khutbah Paderi Kristian Katholik Ini Mengejutkan Dunia!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close