Sampai hati Wanita ini siat kulit kucing, Allah akan balas lagi teruk dari itu , tunggulah kau di neraka nanti !!

loading...
Sampai hati Wanita ini siat kulit kucing, Allah akan balas lagi teruk dari itu , tunggulah kau di neraka nanti !!




Lan Yan bersama kucing yang dibeli dan dibunuhnya.



BEIJING - CHINA. Seorang wanita dikecam selepas membunuh dan menyiat kulit kucing yang dibelinya dari sebuah kedai sebelum membuang bangkai haiwan tersebut di kedai berkenaan.

Menurut laporan Dailymail, wanita dikenali sebagai Lan Yan tersebut membeli kucing jenis British Shorthair pada 3 Januari tetapi menyedari kos penjagaannya yang tinggi.

Dia kemudian kembali ke kedai berkenaan untuk memulangkannya, tetapi tidak diterima pemilik kedai.

Pemilik kedai menemui bungkusan plastik yang mengandungi bangkai kucing tersebut tiga hari kemudian.

Pemilik kedai yang hanya dikenali sebagai Sheng dapat mengecam kucing tersebut dan telah memuat naik butiran kejadian ke laman sosial China, Weibo.

Disebabkan Sheng juga memuat naik foto Lan Yan yang diambil semasa membeli kucing berkenaan, netizen bertindak menyerang laman peribadi Lan Yan.

Kelmarin, Lan Yan memuat naik surat pengakuan yang ditulisnya dan meminta maaf kerana kelakuannya.

"Tolong maafkan saya. Tolong maafkan saya yang telah berdosa," kata Lan Yan dalam sebuah video dan mengaku membunuh kucing tersebut.

Sheng bagaimanapun sudah melaporkan kejadian tersebut kepada polis yang kini menyiasat kejadian berkenaan.
Loading...

0 Response to "Sampai hati Wanita ini siat kulit kucing, Allah akan balas lagi teruk dari itu , tunggulah kau di neraka nanti !! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close