10 Tips Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk.. Share Pada Kaum Ibu !!

loading...



Memang agak susah nak sental jikalau periuk memang sudah terlajak hangus. Kadang-kadang kita sampai kena kikis dengan pisau pula . Sayang periuk tu, silap-silap kena buang. dah rugikan. Jangan risau mari TM (TrendingMalaya) kongsikan 10 Tips Petua Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk.


1. Baking Soda atau Serbuk Penaik


Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh.


2 Cuka makanan dan Serbuk penaik


Caranya, ambil satu cawan cuka, dua sudu Serbuk penaik atau soda bikarbonat, air secukupnya dan juga span kasar atau besi kawat pencuci periuk. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Kemudian masukkan pula satu cawan cuka. Rebuskan campuran tadi dengan menggunakan periuk atau kuali yang hangus tadi. Cuba perhatikan kesan hangus tadi akan mulai tertanggal. Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.


3. Gunakan Garam dan Limau


Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.


4. Gunakan Krim Tartar


Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan. Lihatlah hasilnya. Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang tebal dan dalam.


5. Gunakan Garam


Caranya, didihkan garam bersama dengan periuk atau kuali yang hangus tadi. Apabila sudah mendidih kacau perlahan-lahan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan sama ada kerak tertanggal, teruskan kacau. Jika tidak, biarkan selama beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal itu sendiri.


6. Gunakan Tomato


Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.


7. Minuman berkarbonat atau bergas


Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.


8. Gunakan Cuka


Caranya, masukkan air secukupnya kedalam periuk atau kuali yang hangus. Kemudian masukkan pula secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau campuran sehingga kerak tersebut tanggal. Jika kesan kerak tersebut tidak terlalu serius, selalunya cara ini sudah boleh digunakan.


9. Gunakan Garam Kasar dan Minyak


Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruh bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.


10. Gunakan Sabun Mandi


Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin untuk menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.


Itulah antara Tips menghilangkan kesan hangus pada periuk atau kuali. selamat mencuba. –TrendingMalaya.blogspot.my
Loading...

0 Response to "10 Tips Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk.. Share Pada Kaum Ibu !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close